Seorang bapa berkongsi kisah pilu anak sulungnya, Muhammad Ikmal (Along), yang meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus selepas minum air tin yang tidak dibasuh. Kejadian bermula selepas aktiviti mendaki pada 17 Julai, apabila Along mengalami demam yang disangka biasa, namun keadaannya semakin kritikal hingga dirujuk ke Hospital Melaka. Walaupun pelbagai usaha dilakukan, Along menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 malam selepas sempat membuat panggilan terakhir kepada keluarga. Keluarga memilih untuk tidak menjalankan autopsi walaupun layak menuntut pampasan. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Melalui laporan berita, pihak polis mengesahkan bahawa seorang pelajar tingkatan lima merupakan suspek utama kes pemb*nuhan ibu dan abangnya yang berlaku di Melaka, pagi Khamis. Difahamkan, suspek turut cuba menamatkan riwayat adiknya yang kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka. Siasatan awal mendapati suspek menyimpan dendam terhadap si ibu kerana memaksanya untuk belajar bagi mencapai markah tinggi dalam peperiksaan. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Seorang pengguna Facebook, Rah Fird telah mendedahkan identiti guru lelaki berkenaan iaitu dikenali sebagai Cikgu Wan Anwar. Katanya, guru tersebut merupakan adiknya dan hanya merupakan guru ganti yang sedang menunggu ujian kelayakan untuk menjadi guru tetap. "Ini adalah cikgu yang kena tumbuk dengan anak murid dia. Dia hanya membantu cikgu lain yang sedang dimarahi anak murid, padahal murid tu yang ponteng kelas." Tambahnya, meskipun hanya bertugas sebagai guru ganti, adiknya mempunyai latar belakang yang cukup hebat dan memiliki pengalaman dalam bidang pendidikan jasmani dan sukan. Baca artikel penuh di Beautifulnara.com
Dalam satu langkah menyeluruh yang dimuktamadkan melalui arahan rasmi, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan garis panduan baharu berkaitan penggunaan media sosial dan penampilan profesional guru, berkuat kuasa serta-merta. Antara yang ditekankan ialah larangan memuat naik kandungan tidak sesuai di media sosial, serta etika pemakaian yang mesti kemas, sopan dan bersesuaian. Arahan ini mewajibkan semua pegawai pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan institusi pendidikan berkaitan mematuhi garis panduan ini sepenuhnya. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Usahawan Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, mendedahkan bahawa dirinya telah disihir selepas memulakan perniagaan tudungnya. Dalam video TikTok, Haliza berkongsi pengalaman gangguan sihir seperti ular hitam masuk rumah, lipan bara di bilik, dan tanah kubur di depan butik. Walaupun mengalami busung dan sakit yang tidak dapat dikesan doktor, Haliza tetap percaya ini adalah ujian dari Tuhan untuk mencapai kejayaan. Beliau juga menegaskan pentingnya media sosial untuk mempromosikan produk, walaupun mendapat nasihat untuk tidak terlalu aktif di platform tersebut. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #HalizaMaysuri
Anak Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah atau Cess, mencuri perhatian di TikTok apabila berjaya ‘pau’ bapanya untuk membeli jam tangan mewah Cartier. Cess berkongsi momen unboxing jam tersebut namun tidak mendedahkan harganya, yang dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit. Netizen terkejut tapi ramai memuji Cess kerana rajin membantu bisnes keluarga bersama abangnya, Ammar. Cess turut berterima kasih kepada ibu bapa dan pelanggan yang menyokong mereka. #qadejah_terlajaklaris #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 nyawa di Gerik, Perak awal pagi tadi, barangan dan juadah yang dibawa pulang dari rumah keluarga menjadi saksi bisu insiden terbabit. Menurut Kosmo, ketupat dan rendang antara barangan yang dibawa oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk pulang ke kampus di Tanjung Malim. Selain juadah raya tersebut, antara barangan peribadi lain yang dijumpai berselerakan di dalam bas adalah wang kertas dan bekas minuman. #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment