Ingatkan 3 batang 50 r1nggit ke, 70 r1nggit ke? Rupanya harga jackpot! Saiz besar bukan saiz mini lepas tu dapat 3 batangg teruihhh! Gooooo rezeki awakkk #ANASLipMoistSerum
Ingatkan Dark Indulgence saya lock sebagai Kunafah favorite, bila saya try yang ni. Minta maaf sangat ya, semua flavour terpelanting. Ok lock yang ni! Terima kasih Ps yang sudi beraturkan untuk saya. Sebab saya tak sempat nak pergi stadium Shah Alam, order dan tau tau sampai depan rumah Kepada adikku @OjennnAIWAHHH ! Ni my first video makan kunafah. Sebab apa first, sebab paling sedap antara semua. Dark indulgence dah jatuh no 2, lumut cheese no 3 dan red velvet no 4. Minta maaf terpaksa juju dengan Ojen 🙏🏻 Kunafah Madu 3 🐝 lock! Level Manis - tak manis sangat, dan kalau nak manis kaut madu sikit makan sekali. Memang surrrr Cornflakes - cruncy sangat, dia salut dengan apa entah. Ngam Sos - tak tau sos apa, nak cerita pun tak reti, nak kata white choc bukan. Nak kata susu bukan, sedap gila Kunafah dia sendiri tak manis. So juara kali ini jatuh kepada KUNAFAH MADU TIGA 💯 Nyesal order PS satu je. Malam sikit nak ke Havoc Food Festival dekat Stadium Shah Alam senyap senyap. Harap harap masih ada laaaaa 😭🥺 #ReviewTakBerbayo #JujurSangatDahNi #FirstVideoMakanKunafah #KorangCubalahSendiri #SedapDooh
Antara orang yang banyak memberi jasa, yang tak pernah berkira tenaga walaupun penat tetap ada Buat adikku dan sahabat @thelikeyuti terima kasih atas segala macam kebaikan. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk abang Kalau nak di kira segala macam kebaikan yang yuti dah buat, tidak terbalas. Terima kasih adikku sekali lagi Kawan boleh cari beribu tapi sahabat yang ada masa diperlukan, masa kesedihan sangat sukar nak cari. Kalau jumpa simpanlah baik baik sebab kalau dia pergi, susah nak cari ganti Sayang yuti dunia akhirat #ANASKongsiRezeki
Adik bongsu saya ingat saya lupa tapi saya nak jadi yang terakhir wish buat dia. Biasalah adik paling manja, kalau tak nangis tak sah. Sayang dunia akhirat 🤍 @gurlyn4 | مزلينا
Jalan kaki 18km sebab motor kena tarik. Semoga Allah mudahkan rezeki abang ni. Doakan semoga business ANAS maju jaya dunia akhirat ya semua #ANASKongsiRezeki
Saya memang tak pergi konsert dan jarang sangat sangat, setahun sekali pun sangatlah susah. Ceritanya bila adik kesayangan saya @OjennnAIWAHHH ! Senyap senyap beli tiket lepas tu nak taknak saya kena pergi juga Sampai sahaja stadium merdeka, MashAllah. 24 ribu peminat kesayangan Biduanita Negara Dato Sri’ Hajjah Siti Nurhaliza dah membanjiri stadium. Antara Moment 2024 yang saya takkan pernah lupa. Meremang Walaupun banyak yang perlu di improve tapi overall kami enjoy. Semoga next year ada lagi Thank you adikku Ojen sebab belanja tiket seprais. Abang hargai, So I am Officially SitiZoners ❤️
Masa baru sampai untuk umrah wajib 3 hari lepas. Anak saya sangat teruja nak tengok Kaabah tapi sampai depan Kaabah dia taknak jalan dan langsung taknak orang lain dukung dia Dia hulur tangan minta saya dukung 7 pusinganlah walid dia ni dukung dia. Tuhan sahaja yang tahu betapa pinggang walid dan terkehel tapi tetap kuat semangat. Saya doa pada Tuhan yang bagilah kekuatan nak dukung anak saya ni. Alhamdulillah, selesai tawaf dengan sempurna Masa pusingan kedua, saya cakap dengan anak saya “mika kena doakan walid ya supaya mewah rezeki dapat bawak satu keluarga ke sini lagi” dia angguk angguk Sekejap sebentar dia tanya “walid ok, walid dia pun senyum je” takpelah, mungkin Tuhan nak bagi rasa. Dekat Malaysia saya sibuk kerja. Dekat sini kau angkatlah, dukunglah anak Kau ni. Terima kasih Allah atas nikmat ini Anakku, terima kasih kerana menjadi penyambung rezeki buat walid. Akhirnya dapat juga bawa seluruh keluarga menunaikan ibadah umrah. Terima kasih Allah atas rezeki ini. Terima kasih Allah untuk segala macam kebaikan yang Engkau kurniakan kepadaku Ya Rabb Semoga sesiapa sahaja yang melihat posting ini diberikan rezeki untuk membawa keluarga dan yang tersayang ke Tanah Suci, semoga setiap apa yang kita lakukan diberkati dunia akhirat #ANASUmrah2025