Kuih Lempang hijau orang kedah panggil! antara kuih kesukaan ramai . BAHAN-BAHAN : 15 helai Daun pandan (daun besar) 700 ml air | 3 cawan 1 cawan gula pasir 1/2 sudu besar air kapur 1 3/4 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung ubi 1/4 sudu teh garam Sedikit pewarna hijau 1/2 biji kelapa parut (ambil putih sahaja) NOTA : 1. Ambil sedikit sahaja kapur untuk elak kuih menjadi pahit. 2. Tempoh mengukus ialah antara 15 minit, api paling besar. 3. Kuih boleh bertahan selama 1 hari pada suhu bilik, dan 4 hari dalam peti sejuk. 5. Hanya letak kelapa parut sebelum kuih dihidangkan. Selamat Mencuba!. #fienazshafie #kuihmuihtradisional
Replying to @iwe.shop Balik kelate masak ni pula Ayam Goreng Mamak Style. Tabur tepung dalam minyak panas je terus rangup .Hanya 5 Bahan sahaja. Bahan perap ayam: 1kg kepak ayam Garam secukup rasa 2 sudu teh rempah kari serbuk pewarna oren merah Bahan tepung : 2 sudu besar Tepung Ayam goreng 1 sudu teh rempah kari Cara masak: 1.Campur semua bahan perap dan perap ayam selama 1 jam 2.Campur semua bahan tepung dan taburkan dalam minyak panas dan kacau sebati. 3.Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan goreng dengan api yang kuat. 4.Apabila ayam sudah timbul , sederhanakan api dan tabur daun kari. Goreng selama 1-2 minit. 5.Angkat ayam dan toskan. Ayam ni ratah macam tu shj pun dah sedap atau makan dengan nasi panas dan kicap! SELAMAT MENCUBA! #fienazshafie #ayamgoreng #friedchicken
Ambik mood raya . Sambil uli pizza buat makan malam. Bahan resepi doh : 500g Tepung Roti 300ml Air Suam 2 sdt Dry Yeast Instant 2 sdt Madu 2 sdt Minyak 2 sdt Garam Topping Pizza: ▪️Marinara Sos ▪️Mozzarella cheese block ▪️Mix 3 Cheese (pizza toping) ▪️Minyak Zaitun ▪️wagyu slice (nak letak bahan lain pun boleh chicken slice atau apa shj ikut citarasa) 🍕Cara buat doh pizza: 1) Campurkan air suam, minyak, madu dan instant yeast. Kacau sebati. Tunggu nampak yis berbuih. 2) Masukkan tepung dan garam. Gaulkan kesemua bahan sampai jadi doh. 3) Ambil satu bekas bersih dan letakkan sedikit minyak. Kemudian letakkan doh tadi dan tutup dengan kain/penutup. 4) Rehatkan doh 30 minit. 5) Tarik dan lipat doh empat penjuru dan rehatkan doh 30 minit (Set 1) ulang cara yang sama sehingga 3 kali (3 set) 6) Bahagikan doh kepada 3 bahagian (kalau nak saiz piza besar boleh bahagikan 2) 7) Bentukkan doh membulat dan biarkan rehat sehingga doh naik 2x ganda 8)Doh siap digunakan untuk buat piza (boleh rujuk cara bentukkan pizza dalam video) 9) Panaskan oven 230°C selama 10 minit 10) Selepas bentukkan doh pizza. Boleh letakkan apa sahaja toppings pizza yang anda suka. 11) Bakar piza dalam oven pada suhu 230°C selama 15-17 minit atau sehingga masak *Masa untuk pizza masak bergantung kepada oven masing-masing. Sebab suhu oven kita berbeza walaupun dah set 230°C. Selamat mencuba❤️ #pizza #dough #Recipe #highhydrationdough #fienazshafie
Ayam Kicap Pedas Berapi🔥 Sesuai utk org yang tak mau bercakap! Masakan Simple 1 jenis lauk complete siap sayur sekali. Bahan Resepi : 1/2 Ekor Ayam (siap goreng letak garam dan serbuk kunyit) 1 cwn Kacang Panjang 1 biji Bawang Merah 2 sudu besar Sos Tiram 3 sudu besar Kicap Manis Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis 150ml Air Bahan Tumbuk: 5 Ulas Bawang Putih 2 biji Cili Merah Besar 10 biji Cili Padi Hijau Cara masak seperti di video. Tumis sehingga kuah menjadi sedikit pekat. #fienazshafie #ayam #thaifood
Replying to @Aelom_cute Dah pandai buat sos jom buat Chicken Chop 15 minit guna 4 bahan sahaja! Bahan perapan ayam (perap 1 jam) 3 Ketul Ayam potongan Chicken Chop 1 biji Telur 2 sdt Garam 5 sdb Tepung Goreng ayam Bahan Kentang Putar: Kentang Putar Segera / 2 biji Kentang rebus dan lenyek 2 sudu besar Butter 1 kiub ayam 100ml Susu Full Krim (panaskan sekejap) Air Panas (agak agak jangan terlalu banyak tuang sikit-sikit. *Jika guna kentang rebus tak perlu masukkan air) Cara masak seperti di Video. SELAMAT MENCUBA. #fienazshafie #chickenchop
Replying to @Capricorn2912 Bahan untuk bentukkan doh pizza supaya tidak melekat di panggil cornmeal powder. Bukan Tepung jagung tau . #dough #pizza #cornmeal