Tujuh pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang didapati terlibat dalam kejadian buli fizikal termasuk bersubahat dengan perbuatan itu akan ditamatkan pengajian. Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan itu berdasarkan syor dibuat jawatankuasa disiplin MRSM. #BuletinTV3 #beritaditiktok #kesbuli #mrsm
"Barang kemas tak dapat, sebab pekerja kedai itu cakap duit saya bayar emas sudah disamun perompak itu” - Mangsa #BuletinTV3 #Samun #KedaiEmas #KotaDamansara
AL-FATIHAH | Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan telah meninggal dunia petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN). #BuletinTV3 #AlFatihah #TunAbdullahAhmadBadawi
Seorang wanita yang memandu kereta ditumbuk seorang lelaki dalam kejadian dekat Taipan Senawang, Seremban. Kejadian dipercayai berlaku kerana lelaki terbabit berang anaknya dilanggar pemandu kereta jenis Perodua Axia berkenaan ketika mengekorinya melintas jalan. #BuletinTV3 #Tular #TumbukWanita #Senawang
Presiden China, Xi Jinping tiba di Malaysia sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis. #BuletinTV3 #XiJinPing #AnwarIbrahim #China #Malaysia
Di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, seorang lelaki didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan menggigit dahi, tangan dan bahu. #BuletinTV3 #Gigitisteri #Suamigigitisteri #KualaPilah
Filem aksi terbaharu, Blood Brothers: Bara Naga mencatat kutipan RM9.2 juta dalam tempoh dua hari tayangan termasuk tayangan awal. #BuletinTV3 #BloodBrothers #Filem #Pawagam
Seorang lelaki melompat keluar dari lori lima tan dipandunya ketika diekori pasukan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga menyebabkan kenderaan itu merempuh sebuah rumah di Jalan KJ51, Taman Krubong Jaya. #BuletinTV3 #JPJ #Tular #RempuhRumah #Lori5tan